Monday, December 13, 2010

Pengenalan Jobstick Enterprise.

Salam dan "greeting". Selamat berkunjung ke laman blog "My Jobstick Enterprise".

Syarikat Jobstick Enterprise (JSE) telah didaftarkan pada 4hb.Nov 2010 di SSM Putrajaya. Dengan skop perniagaan yang luas. Sebenarnya JSE mempunyai lebih pengalaman dalam bidang pengurusan. Oleh yang demikian, JSE memberikan keutamaan pada pengurusan 60%, bidang pertanian 20%, bidang alatulis dan cenderamata 10%, manakala komisi am sebanyak 10%.

Sebagai pemilik tunggal syarikat JSE, saya akan melakukan semua urusan kerja secara lansung dan dibantu oleh Pn. Zaidah yang berperanan sebagai pembantu. Urusan pejabat dipertanggungjawabkan kepada Pn. Zaidah. Semua kerja-kerja perkeranian dan perakaunan dilakukan oleh Pn. Zaidah atas arahan saya.

Oleh itu saya ingin ceritakan apakah sebenarnya peranan JSE dan bagaimana ianya boleh membantu anda. JSE memberikan khidmat pengurusan bagi syarikat kecil yang baru atau lama dalam urusan akaun, pemasaran, kerta kerja cadangan dan khidmat nasihat perniagaan.

Katakan anda mempunyai syarikat yang bertaraf Enterprise atau Sdn.Bhd. Anda perlu membuat akaun, menyediakan sebutharga, membuat kertas kerja cadangan, menjawab talipon, menghantar faks, membuat leflet dan brochures dan segala macam kerja pengurusan. Anda terpaksa mengajikan seorang yang boleh membuat perkara tersebut. Gaji seorang kerani am yang tidak berpengalaman adalah RM1000 (Bdr Baru Bangi), kerani akaun RM1,300 dan jika anda mengambil seorang yang "all rounder" anda perlu membayar RM2,500 kerana pengalaman dan juka kelulusan minima Diploma.

Selain daripada itu anda mesti menyediakan komputer, fax machine, photostate machine, meja dan kerusi, talian talipon dan internet, juga sebuah bilik pejabat yang kecil. Semua ini memerlukan perbelanjaan bulanan yang agak tinggi. Saya anggarkan anda memerlukan sewa pejabat RM600, bil api dan air RM100, bil telefon, fax, internet RM350. Katakan setiap bulan anda perlu mengeluarkan lebih kurang RM3500~RM4000 untuk pengurusan syarikat anda.

Maka, disinilah JSE boleh membantu anda untuk mengurangkan kos operasi syarikat anda dengan melakukan kerja-kerja pengurusan tersebut. Kos yang dikenakan adalah 30%~80% kurang daripada yang anda belanjakan.

JSE akan bertindak sebagai "outsource management" untuk syarikat anda. Kami akan membuat semua kerja pejabat yang diperlukan seperti membuat akuan, sebutharga, brochures dan leflet perniagaan, menghantar dan menerima fax atau emails, menjawab panggilan talipon dll. Anda cuma perlu memberikan chop syarikat, "letterhead syarikat", dan segala dokumen yang diperlukan untuk perniagaan syarikat anda.

Oleh yang demikian, syarikat anda tidak perlukan pejabat, kelengkapan pejabat dan pekerja pejabat. Semuanya di sediakan oleh pihak JSE. Kos dapat dikurangkan, malah pihak anda tidak perlu pening kepala untuk membayar KWSP, perkeso, gaji bulanan, bil rawatan dan segala macam perkara yang berkaitan dengan pekerja. Kos yang diperlukan juga adalah berpatutan.

Secara ringkas perbandingan diatas adalah seperti berikut:-

Syarikat Anda
  • Sewa RM600
  • Gaji kerani am RM1000
  • Gaji kerani akaun RM1300
  • Bil utiliti RM500
  • Peralatan RM5,000 (aset)
  • KWSP dll RM600
  • Jumlah semua RM4,000 + Rm5000
  • Khidmat JSE - *RM500 ~ RM1,500
(* tertakluk pada runding cara dan perkhidmatan yang diperlukan)


Jika diperhatikan adalah amat ketara bahawa anda boleh menjimatkan kos operasi syarikat lebih daripada 80% (tertakluk kepada rundinga cara) dengan menggunakan perkhidmatan pengurusan yang ditawarkan oleh pihak Jobstick Enterprise (JSE).

Harap dapat menghubungi saya di talian 012-3765349 jika berminat. Runding cara dan sebut harga adalah percuma.